Luahan hati
Tuesday, 20 December 2011
09:37 ♥
Ku sering sentiasa ingat padamu walau apapun terjadi ku tetap setia disamping
dirimu . Ku tidak dapat menahan kesedihan ,hatiku mula rasa cemburu apabila
kau sentiasa gembira disisi orang yang kau cintai . Ku tahu diri ini tidak layak
bagimu . Siapalah aku dimatamu . Kau hanya mengganggap aku hanya tempat
untuk mengubati perasaan kesunyian dan perasaanmu . Bila kau kesunyian ku
tetap berada disisimu . Tetapi kenapa bila aku kesunyian kau tidak menemani
diriku ini . Aku ingin mengatakan isi hatiku terhadapmu aku sebenarnya sangat
menyukai dirimu ,aku ikhlas menyayangimu . Aku tak boleh lupakan dirimu
entah mengapa aku jadi begini . Perasaan aku itu seolah-olah datang dengan
sendiri . Bukan ke kau sudah berjanji yang kau tak kan tinggalkan aku . Aku
sangat terharu sebab kau berkata begitu . Aku harap kau faham perasaan aku
dan aku yakin kau pon ade perasaan yang sama terhadap aku . K wasalam ~
Cinta tak semestinya memiliki
Thursday, 15 December 2011
03:48 ♥
aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu,bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya terpaksa belajar melepaskan kau pergi. aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!soal hati tiada undang-undang.apatah lagi paksaan.tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum ,sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan airmata.
cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.soal cinta adalah soal hati. ia juga soal jodoh. manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan jodoh kita.sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang,kalau ia tidak berbalas,sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.kawini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain. itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.melupakan orang yang disayangi amat sukar.cinta akan hidup bersama dengan waktu,apabila waktu itu mati,maka matilah cinta itu.JIKA KITA MENCINTAI SESEORANG,KITA AKAN SENTIASA MENDOAKANNYA WALAUPUN DIA TIDAK BERADA DISISI KITA.
Sedey :(
Sunday, 4 December 2011
06:59 ♥
Awak, izinkan saya untuk meluahkan rasa . saya sedar siapa diri saya . saya telah cerminkn diri saya .
Awak, saya hanyalah gagak di rimba mana mungkin terbang bersama merak kayangan . Awak, saya tak mempunyai apa-apa yang saya ada hanya rasa ini . saya memang tak layak dan tak sesuai untuk bersama awak . saya telah sedaya upaya untuk menganggap awak istimewa tapi saya tak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya . Awak, semakin saya cuba untuk melupakan awak semakin kuat saya sayang awak . Entah kenapa ? saya pun tak tahu . saya tak tahu kenapa awak begitu dekat di hati ini . Awak, mintak halal segala salah dan dosa saya selama masa bergurau dgan awak . saya tahu saya banyak buat salah, saya langgar perintah awak, saya tak dngar cakap awak tapi awak jangan lah hukum saya mcam nie . saya sedar saya tak sebaik mcam awek awak yang kedua tuh . Disebabkan saya bergaduh dgan pompuan tuh lah kita jadi mcam nie, hubungan kita semakin renggang . saya menyesal kerana langgar perintah awak kalau tak kita tak kan jadi mcam nie kan ? hurmm, awak andainya ini ketentuan takdir saya doakan kebahagian awak , jika awak masih mengingati saya andainya saya sudah tiada lagi di dunia ini sedekahkanlah al-fatihah buat saya tanda kita pernah bersama semasa di dunia ini . Awak, terima kasih kerana sudi hadir dlam hidup saya walaupun seketika . saya tetap rasa bahagia bila mengingati detik-detik itu walaupun terkadang saya berkecil hati dgan apa yg awak lakukan tapi saya telah lupakan semua itu, saya telah memaafkan awak . Awak, biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan akan saya simpan kemas dlam hati ini . biarlah saya terseksa, biarlah saya derita asalkan awak bahagia . Awak saya doakan yg terbaik untuk awak di dunia mahupun di akhirat . Awak, saya cintakan awak ,saya tak bole kehilangan awak . sungguh perit hati ini nak lalui smua ini . saya tak akan tinggalkan awak, itu janji saya . mungkin awak dah tak pandang janji2 saya yg saya taburkan tapi saya tulus dlam janji2 saya . saya percayakan awak . saya serahkan balik kepercayaan saya pada awak .
saya harap awak tak mengkhianati saya . k lah awak kena ingat saya tetap akan menanti awak sampai kapan pun . k awak saya nak awak jaga diri baik-baik selama kita terpisah ini . Assalamualaikum (:
♡