Kata-kata mu .

Saturday, 19 November 2011 06:17





Aku benar2 benci perasaan ini.......apakah ini selayaknya aku terima? aku betul3 tidak menyangka ini akn terjadi...apakah kesalahan aku ? apa kekurangan aku ? apa yang membuatkan kau berpaling tadah hingga sanggup menduakan kasih sayang aku ?

“saya suka awak .”


Masih terngiang-ngiang lagi bait-bait kata ini yang kau ungkapkan kepada aku dulu . terasa berbunga-bunga hati ini apabila teringatkan kata-kata manis yang kau taburkan . aku sering berangan , berada di awang-awangan . dan alangkah bahagia nya kalau kau menjadi milik aku . tetapi sayangnya , kasih yang kau ucapkan pada aku dulu cuma palsu . kau hancurkan hati aku . kau lukakan perasaan aku . kau rampas segala kebahagiaan yang aku impikan selama ini . kau hancurkan mimpi indah dan kau taburkan mimpi buruk yang aku sama sekali tidak mahu kehadirannya dalam tidur ku .

“saya rindu awak :)”

Apakah kata-kata ini tidak membawa apa-apa makna pada diri kau ? ah , cukup sakit hati aku bila memikirkan hal ini . kau kejam ! kau hancurkan hati aku . apakah ini balasannya untuk aku ? mana kata-kata yang kau taburkan pada aku ? mana ? apakah itu cuma jenaka pada kau ? bermain dengan perasaan . adakah kau bangga buat begitu ? menghancurkan hati aku yang tak berdaya ? sampai hati kau bersikap sedemikian .

“saya sayang awak” 

kata-kata ini mungkin juga tidak meninggalkan apa-apa kesan dalam diri kau . mungkin ia juga kata-kata yang biasa kau ungkapkan kepada sesiapa pun . barangkali , tidak pernah membawa apa-apa makna sama sekali . mungkin sekadar kata-kata biasa , seperti kau mengatakan “hai “ kepada sesiapa pun yang kau mahu . 

Tapi tidak mengapalah , mungkin ini nasib yang selayaknya untuk aku . mungkin juga salah aku kerana lambat meluahkan rasa hati . . sudah lah , aku cuma mampu menerima takdir dan ketentuan Nya . biar lah kesedihan ini aku tanggung sendirian . perit rasanya menerima ketentuan ini . tapi apakan daya , aku Cuma manusia biasa .

Akhir kata , aku Cuma mahu mendoakan supaya kau bahagia bersama insan kesayangan pilihan kau . seharusnya aku pergi menarik diri . dan mencari kehidupan baru tanpa secalit pun terbit nama kau dalam mimpi indah malam ku . mahu saja aku buang segala kenangan indah yang kau tinggalkan dalam mimpi aku . tapi aku tak mampu . kesakitan ini teramat pahit untuk aku telan berseorangan . aah , alangkah bahagianya jika aku tidak mempunyai apa-apa perasaan . apa-apa pun semoga bahagia . jaga diri kau sebaiknya . jangan kau hiraukan keadaan aku di sini . pandailah aku menjaga diri . selamat tinggal .

0 lovely notes